Bolehkan seorang wanita yang haid membaca Al-Quran dan bagaimanakah dia hendak beramal pada malam lailatul qadar?
Answer:
Seorang wanita yang didatangi haid boleh melakukan semua ibadah kecuali solat, puasa, tawaf & iktikaf di masjid. Diriwayatkan bahawa Rasulullah tidak tidur sepanjang sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan. Bangun malam bukan semestinya terhad kepada melakukan solat. Bahkan ia merangkumi pelbagai bentuk ibadat yang boleh ditafsirkan. Demikianlah cara ulama mentafsirkannya.
Memandangkan wanita kedatangan haid tidak boleh bersolat, dia boleh melakukan ibadat lain:
§ Membaca al-Quran
§ Berzikir
§ Istighfar
§ Berdoa
(diambil dr fatwa arab-saudi)
Hukum wanita yg didatangi haid memegang Quran:
HUKUM 1: TIDAK BOLEH
Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah:
“(Al-quran) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.” (56:79)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“tidaklah menyentuh al-Quran& tidak juga mushaf melainkan yang suci”
(Hadis Sahih: dr Amr bin Hazm r.a. dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, al-Baihaqi dan lain-lain)
HUKUM 2: BOLEH
Mereka berpegang kepada kaedah seseorang wanita yang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat(qathi) yg melarangnya. Dalam hukum memegang Quran, tiada hadis tepat menghalangnya
Ayat Al-quran yang dijdkan rujukan adalah tidak tepat (56: 77-80) kerana perkataan mutahharun sebenarnya merujuk para malaikat. Ibn Abbas berkata ayat 56:78, fi kitabim maknun yakni di lauh mahfuz, manakala mutahharun sebenarnya merujuk para malaikat.
Hadis yg dijdkan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Tahharun, suci memiliki byk erti, dan mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu perkataan yang byk erti tidak boleh dibataskan kepada suatu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yg dpt mendokongi pembatasan tersebut.
Perkataan suci dlm hadis ini boleh bererti suci drpd najis seperti tahi & air kencing. Boleh juga bererti hadis besar, spt haid & junub. Boleh juga bererti mushrikin. Himpunan usul-usul hadis menunjukkan najis= kafir, (9:28) jadi suci=org muslim. Jadi larangan ini adalah kepada org mushrik, maka pendapat kedua lebih diterima.
HUKUM MEMBACA AL-QURAN
Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur’an.
Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.
Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H).
Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.
Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub. Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:
1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.
2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.
Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.
Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.
Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:
Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis. Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – hadis no: 210.
Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.
Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H): Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut), jld. 1, ms. 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).
Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.
Kesimpulan:
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]
Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.
Rujukan:
- Soal 93, pg 184. Buku Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi:
Oleh Sheikh Muhammad b Soleh Al-Munajjid, Sheikh Muhammad b Soleh Al-‘Uthaimin, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah b. Baz - Himpunan Risalah berkenaan puasa & isu-isu berkaitannya
(Menelan Air Liur tidak membatalkan Puasa) oleh Hafiz Firdaus Abdullah
(compiled by Sibah)
I'd like to add that Dr Arif, Imam masjd UIAM Gombak said that there is no khilaf regarding menstruating women being allowed to read the Quran, only whether they're allowed to hold it or not.
No comments:
Post a Comment